Majlis Perkahwinan Pasangan Pengantin : Didie & Azarul Date : 3 October 2010 Venue : Klang
Majlis Perkahwinan pasangan pengantin Didie & Azarul yang bertemakan merah dan putih dengan menggunakan fresh flower. Alhamdulillah, sekali lagi kami telah dapat merealisasikan impian pasangan pengantin. Terima kasih kami kepada pasangan pengantin dan keluarga kerana memberi kepercayaan kepada kami dan juga layanan yang amat baik bermula dari kerja-kerja pemasangan pelamin dan sehinggalah ke akhir majlis. Buat Didie dan Azarul, sekalung tahniah dari kami dan selamat pengantin baru, semoga kekal ke akhir hayat.
Majlis Perkahwinan Pasangan : Idayu & Bad Date : 20 June 2010 Venue : Sg Choh Rawang
Majlis perkahwinan kali ini berlangsung di Rawang. Pengantin telah mengambil complete pakej iaitu dari majlis akad nikah, malam berinai dan majlis sanding. Kami ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengantin iaitu Idayu dan Bad serta kedua Ibu bapa dan ahli keluarga kerana memberi layanan yang amat istimewa untuk kami. Untuk Idayu dan Bad, selamat pengantin baru semoga berbahagia keakhir hayat.